Wednesday, April 20, 2011

Aku Inginkan Perubahan !


Assalamualaikum
buat
38 orang follower blog ini dan mungkin mereka yang turut setia membaca blog sakai ini tapi malas nk follow kan. :)

tersangat-lah aku rasa banggang apabila !

Masa untuk melakukan perubahan ke atas blog ini. Tapi kenapa tersangat-lah babi apabila design template blog ini sudah tidak berfungsi.

Anyone can help me ?


regards,
alamigraphy

p/s : nasib baik blogspot antara yang senang untuk orang search kalau tak dah lama teman campak dalam sungei belakang tu ! :(

Friday, March 18, 2011

24 February, The Day of My Birth

SUPRISE !!!!!!

Perkataan biasa yang akan keluar dari mulut mereka yang menyanyangi aku apabila reminder handphone mereka berbunyi dan tertera tak kira lah "Birthday Amin", Hari Jadi Acik", Birhday papa" kowt? Hurmm..mukadimah untuk entry kali ini :p

24 Febuari 2011, dua perkataan boleh aku nyatakan untuk merujuk kepada tarikh tersebut.

"SEDIH + HEPPY"


Sedih mungkin sebab tak bersama family pada masa tu dan heppy sangat kowt bila masih ramai lagi yang mengingati tarikh itu walaupun sudah tidak ada lagi reminder facebook yang keluar di wall mereka untuk mengerakkan mereka menulis wish birthday di wall aku sampai penuh walaupun aku tak pernah chat pun dengan dia. hurmmm ikhlas kowt ;p


धन्यवाद 谢谢 MERCI GRAZIE TERIMA KASIH THANK YOU !


Terima kasih mak ngah aka princess li po kruger yang datang ke penang dari kuala nerang hulu jauhnya bersama accident cupcakes yang diuli dan dikukus khas katanya dari changlun. Thanks utk hadiah yang comel tu:p


Cupcakes sesame street dari jessica aka sexy. Suprise di Anjung Budi. Thanks Jess :p



Celebrate kat TGI Fridays. Hurmm...super suprise kowt! ;p

Thanks kat die yang kabulkan hajat aku untuk punya bende yang kat atas tu :)

muah muah muah! untuk korang yang sudi celebrate dan hadiah yang best utk 24 feb. hari tu :)

Opppsss! CK in2u heat limited edition tiada dalam gambar :(

chau !


p/s : wish list tercapai! Yeay !



Thursday, February 17, 2011

Laugh Out Loud

Adakah akan dapat lagi kita rasai keindahan, kebahagiaan
dan keseronokan seperti ini? Kita fikirkan, adakah dengan apa yang kita lakukan sekarang mampu mengekalkan apa yang kita nikmati selama 54 tahun ini pada masa akan datang?

Assalamualaikum

Mukadimah untuk entry kali ni. Bunyi cam serious giler kan. Tapi betul lar, itulah isu yang akan mengisi entry tiga5book kali ini. Kena dengan slogan atau tema tiga5book " Hutang tetap Hutang BRO !" setiap apa yang dipinjam perlu dibayar atau diganti semula. Sama juga dengan apa yang telah berlaku saban ini. Mereka mulai sedar yang mereka perlu menuntut hutang mereka dari SI PENGHUTANG yang selama ini mengumpul hutang-hutang yang kini dirasakan tidak akan terbayar. Sebelum ini mereka tidak sedar yang mereka hanya memberi tanpa melihat risiko bahawa mereka akan berdepan dengan KERUGIAN yang besar.

APA YANG MEMBUATKAN MEREKA SEDAR

Media siber yang membuka ruang untuk mereka menuntut hutang mereka yang bertimbun. Setiap hari ada saja yang menuntut. Mungkin khabar itu khabar baik ataupun boleh jadi khabar yang kurang menyenangkan. Kadangkala membawa kegusaran. Apa yang bakal terjadi hari esok? Seringkali persoalan tu datang.

MASA UNTUK MENUNTUT HUTANG

Biar apa pun jua cara yang dilakukan, ingat ! jangan musnahkan hilai tawa yang sentiasa memberi kehidupan kepada semua yang berpijak di tanah bertuah ini. :)

STOP PASAL CETI

Cite pasal pix yang kat atas tu, di snap oleh alamigraphy untuk satu contest photography sempena bulan kemerdekaan. Tapi takda rezeki. Tapi pix tu amat bermakna sebab yer lar satu gabungan perkataan boleh diberikan

" KAMI HEPY UNTUK HIDUP SEBAGAI BANGSA MALAYSIA"

tak perlu diubah apa-apa sebab kami dah bersedia untuk kehidupan dan keamanan.

JOM PERJUANGKAN DEMI KEHIDUPAN DAN KEAMANAN
:)


regards,

::alamigraphy.tiga5book::

p/s : Photo-photo alamigraphy akan dipostkan utk entry yang akan dtg. Entry seperti ini tidak akan berulang lagi .. haha .. :)

Sunday, February 13, 2011

Indoor Photoshoot , Art Photography

Selamat sejahtera semua pembaca yang disayangi :)
Ruangan ini kerap kali menyepi. Tekanan kerja yang mengekang menyukarkan untuk saya berkongsi entry-entry baru dengan pembaca semua. Namun kali ini ada entry menarik yang ingin disajikan untuk tatapan anda semua.


Sudah menjadi kebiasaan kepada para blogger mengupdate ruang
an blog mereka pada lewat malam. Mungkin kerana curahan idea semakin mengila pada waktu-waktu begini? atau mungkin kerana connection internet yang semakin pantas seperti yang dikhabarkan dalam iklan TV? tak kisah-lah, yang penting update yer tak? ;)

Minat dalam photography semakin menjadi-jadi. Tak tahu-lah, mungkin kerana broadcasting dan photography tak-lah jauh mana bezanya. Masih berada dalam kategori kerjaya yang sama. Sebelum ini, entry-entry yang mengisi ruangan blog ini juga berkisar tentang photography. Namun kali ini ada perbezaan sedikit kerana saya mula melangkah setapak kehadapan dengan cuba melakukan indoor photogshooty ang sebelum ini belum pernah lagi dicuba. Scroll semula ke atas dan pembaca semua akan dapat melihat one of final result image yang berjaya dihasilkan dalam indoor photoshoot itu. Tak perlu menggunakan subjek yang memerlukan kos ataupun terlalu sukar untuk didapati tetapi hanya menggunakan objek yang biasa ada di bilik anda untuk menghasilkan image yang menarik. Seperti image di atas hanya menggunakan colourful pin board di meja study anda untuk menghasilkan suatu image yg segar.

Untuk hasil indoor photoshoot dan art photography yang berikutnya jom scroll ke bawah ;)


Colourful pen milik peribadi koleksi menulis nota anda juga mampu
membantu untuk menghasilkan image yang segar. Yang penting adalah sejauhmana kretiviti anda dalam menyusun objek sebelum dirakam
melalui corong lensa.


Bookmark yang berwarna-warni ini juga tidak terlepas dari menjadi model ketika sesi indoor photoshoot ini dilakukan. Nampak menyelerakan tak? Oh tidak ! Nampak macam gula-gula. HAHA! ;)


Ini baru yang dikatakan menyelerakan. Makanan turut menjadi subjek pada ketika itu. Menarik bukan? Semua bakal berlari ke jco untuk merasai kelazatan subjek indoor photoshoot saya yang seterusnya ini. (padahal dah tak ada barang nak dijadikan model) wink! wink! ;)

Inspirasi dari sebuah majalah photograhy.
Pembacaan tentang photography juga membantu sedikit sebanyak
dalam mempelbagaikan lagi idea-idea yang lebih baru.



Cantik kan ? kes tak ada subjek lain juga lar ni kan. HAHA !
Kretiviti perkara pokok yang perlu diutamakan dalam melakar image anda. :)

INDOOR PHOTOSHOOT , ART PHOTOGRAPHY

Pelajaran yang paling utama adalah lighting yang sesuai & berkesan.
Hal ini kerana persekitaran indoor yang tidak terdedah dengan cahaya semulajadi.

INI-LAH PENGALAMAN

Pengalaman yang merupakan proses pembelajaran terbaik. Melalui pengalaman, mencapai kejayaan bukan sesuatu yang sukar. Tempuhi pengalaman yang pelbagai dan mencabar diri supaya dapat melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
:)

Okay lar, mungkin sampai disini sahaja buat setakat ini. Bulan pun bakal menyerahkan tugas kepada matahari untuk menerangi bumi tuhan. Selamat memulakan hari baru !
:)

regards,
alamigraphy(tiga5book)


p/s : Pengupdatekan akan dilakukan lagi dalam masa yang terdekat ini. Teruskan bersama tiga5book.com